Isi Kandungan
Menurut kepada Akta Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 Seksyen 33 (1), seseorang tidak boleh terlibat dengan pengambilan atau diambil bekerja sebagai personal binaan sekirannya mereka tidak berdaftar dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh pihak CIDB sendiri. Di bawah seksyen 33A (1), hanya penyelian tapak pembinaan atau pekerja mahir yang diperakui sahaja yang boleh terlibat menjadi penyelia tapak binaan dan pekerja mahir. Bagi permohonan kad hijau (green card) CIDB pekerja asing. Dokumen-dokumen yang diperlukan mestilah lengkap sebelum membuat permohonan untuk memudahkan proses untuk kelulusan system. Antara syarat-syarat permohonan bagi pekerja asing ialah:
1) Mempunyai permit kerja dan passport yang aktif
2) Memastikan permit didaftarkan di bawah majikan yang berdaftar dengan CIDB.
3) Status aktif kad hijau bergantung kepada tempoh permit pemohon
PROSES PERMOHONAN BAGI KAD HIJAU (GREEN CARD) CIDB PEKERJA ASING
Permohonan kad hijau bagi pekerja asing boleh dibuat di laman web kami Renewcidb.com bagi mendapatkan servis yang professional dan kelulusan yang tinggi. Permohonan kad hijau penting bagi membolehkan pekerja untuk bekerja di tapak pembinaan dan melayakkan diri untuk dilindungi di bawah pelan takaful CIDB sekirannya berlaku kemalangan di tapak pembinaan sewaktu bekerja.
Berbeza dengan pengeposan kad hijau bagi pekerja tempatan, kad hijau mereka akan diposkan mengikut kepada alamat yang mereka isi pada borong permohonan. Bagi pekerja asing, kad hijau mereka akan diposkan mengikut kepada alamat majikan yang didaftarkan pada permit kerja mereka. Oleh itu, mereka perlu memastikan alamat majikan mereka adalah tetap untuk memudahkan urusan mendapatkan kad hijau mereka. Pas sementara akan dihantar melalui emel dalam tempoh 48 jam waktu bekerja setelah mendapat kelulusan sistem. Pas sementara boleh digunakan sebagai gentian kepada kad hijau untuk memasuki tapak pembinaan sekirannya kad hijau anda belum lagi sampai.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN?
1- Layari laman web kami di Renewcidb.com dan klik pada borang permohonan bagi pekerja asing. Pilih sama ada mahu memohon untuk pendaftaran baru kad hijau atau pembaharuan kad hijau.
2- Pemohon boleh isikan maklumat diri dan maklumat syarikat pada borang permohonan. Kemudian, pemohon perlu lampirkan Salinan passport dan Salinan permit kerja yang aktif untuk proses permohonan kad hijau.
3- Permohonan yang lengkap beserta Salinan passport dan permit kerja yang aktif sahaja yang akan diproses.