Isi Kandungan
Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015 dan kini boleh didaftar secara online sahaja. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew kad hijau CIDB secara online dengan RenewCIDB.
Cara Renew Kad Hijau CIDB Online
Langkah 1 : Layari Renewcidb.com
Layari laman web kami renewcidb.com dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB“ dan “Kontraktor CIDB”. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan “Kad Personel Binaan CIDB”.
Langkah 2 : Pilih Jenis Pemohonan
Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing.
Langkah 3 : Isi Maklumat Pada Borang Permohonan CIDB Online
Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau CIDB hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.
Langkah 4 : Bersetuju Dengan terma & Syarat
Selepas mengisi kesemua maklumat anda, klik pada petak “Saya bersetuju dengan terma & syarat”.
Langkah 5: Buat Bayaran Secara Online Untuk Kad CIDB
Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara online seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunya perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada kami melalui bantuan@renewcidb.com atau hubungi atau WhatsApp kami pada talian 0189040059. Pihak kami akan bantu anda.
Langkah 6 : Terima Pas Sementara
Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.
Langkah 7 : Terima Kad Hijau CIDB
Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.
Rumusan Cara Renew Kad Hijau CIDB
Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web renewcidb dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.
saya nak resit pembayaran
Hi terima kasih atas maklum balas, hubungi kami di talian 0189040059 untuk keterangan lanjut bagi semakan sistem
Please send me the official receipt.
Receipt (si3xg2il) from A & N MANAGEMENT RESOURCES (CT0097614P): Payment Received RM260.00 is not valid for claims.
Hi sir. Please WhatsApp us for confirmation. Thank you.
Selamat petang
Saya Badrul Hisham
Saya baru saja Buat Online utk Renew CIDB card
Tapi Dalam Account RHB Bank saya dah Deduct Rm260..
Boleh saya tahu Adakah Payment saya sudah diterima Dari pihak CIDB
Hi terima kasih atas maklum balas, boleh hubungi kami di talian 0189040059 untuk keterangan lanjut dalam semakan sistem
mahal nya rm260. renew berapa tahun tu. renew under agent mmg mcm tu harga nya
Hi cik amalina. RM260 untuk pembaharuan kad hijau cidb bagi tempoh 5 tahun. untuk lebih maklumat lanjut boleh hubungi atau whatsapp kami di 0189040059.
Selmat pgi mcmna cara semak status cidb sy dh tukar status ke belom sebab seblom ni pembinaan tp sy dh test weld ke cibd tuk tukar status sebagai welder.
Hi Tuan. Untuk menyemak status kad hijau dan status penghantaran kad, sila klik pada pautan di bawah (pihak CIDB akan kemaskini maklumat anda dari semasa ke semasa)
https://cims.cidb.gov.my/pbsearch/Forms/Transactions/search.aspx?opt=N
Adakah renew kad hijau perlu menghadiri kursus lagi?
Hi En Razip. untuk pembaharuan kad hijau CIDB tidak perlu hadiri kursus. Boleh renew online dengan kami. untuk lebih maklumat lanjut boleh hubungi atau whatsapp kami di 0189040059.
Saya mau renew
Hi. Untuk pembaharuan kad hijau CIDB Tuan boleh ke website kami (www.renewcidb.com). Terima kasih
Saya mahu renew kad cidb
Hi sir. You can renew your CIDB by visit our website (www.renewcidb.com). Thank you