Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia biasannya dikenali sebagai CIDB Malaysia, beroperasi sebagai entity kerajaan dibawah Kementerian Kerja Raya. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengawasi dan memajukan industri pembinaan di Malaysia dengan matlamat utama untuk mencapai kedudukan daya saing global. CIDB Malaysia berusaha untuk mempertahankan visinya untuk memastikan kecemerlangan dalam pembinaan melalui penggunaan bahan dan produk binaan yang unggul. Ingin semak dan tahu status kad hijau CIDB anda ? Di sini kami jelaskan untuk anda membuat semakan sama ada masih aktif atau telah tamat tempoh.

STATUS KAD HIJAU TELAH EXPIRED ATAU MASIH AKTIF?

Pekerja pembinaan memerlukan kad khas yang dipanggil Kad Hijau untuk masuk ke tapak bangunan. Kadang-kadang mereka bimbang jika kad mereka masih aktif. Mereka boleh menyemak di laman web yang dipanggil cidb cims untuk menyemak sama ada kad mereka aktif atau tidak. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengenalpasti samada mereka layak untuk memasukki tapak pembinaan atau tidak.

CARA-CARA UNTUK SEMAK KAD HIJAU CIDB ANDA

CARA SEMAKAN STATUS KAD HIJAU

Anda boleh layari laman web CIMS CIDB dan pada laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan. Seterusnya, anda boleh klik pada bahagian “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau. Personel binaan perlu memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas itu, anda boleh klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.

Sekirannya status semak kad hijau anda masih aktif, anda layak untuk memasuki tapak pembinaan sekaligus layak untuk membuat tuntutan insurans takaful di bawah CIDB sekirannya berlaku kemalangan di tapak pembinaan. Jika status kad hijau anda telah tamat tempoh, anda perlu membuat permohonan untuk pembaharuan kad hijau anda di laman web kami Renewcidb.com. bagi mendapatkan maklumat mengenai cara untuk membuat pembaharuan kad hijau, boleh klik pada link berikut Pembaharuan Kad Hijau .

Untuk bantuan mengenai kad hijau personel CIDB juga boleh menghubungi kami di talian 0189040059 atau emailkan ke bantuan.renewcidb@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. Kami di RenewCIDB sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kelulusan aktif dalam sistem.

Sekian, Terima Kasih

baca lanjut untuk ;

Cara daftar kad cidb pekerja asing

 

×

Khidmat Pelanggan

× Boleh kami bantu anda?