Kelulusan Tinggi
Memastikan permohonan anda berjalan lancar
Jimat Masa
Setiap permohonan diproses dengan segera
Profesional
Berdedikasi untuk mencapai standard yang ditetapkan
Berpatutan
Kadar yang sangat berpatutan dengan servis terbaik
Kad Hijau / Kad Personel Binaan CIDB
Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.
Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.
Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah wajib bagi semua kontraktor tempatan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 di bawah Seksyen 29.
Langkah-Langkah Pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB) Dengan RenewCIDB.Com
Langkah 1
Isi borang pembaharuan kad binaan CIDB di laman web
Langkah 2
Buat bayaran pembaharuan kad hijau secara atas talian
Langkah 3
Permohonan diproses selama 3 hari (waktu bekerja)
Langkah 4
Terima email pas sementara CIDB dalam masa 48 jam
*Bermula 16 Disember 2023, tiada lagi cetakan & penghantaran kad pintar Personel Binaan CIDB bagi permohonan baru / pembaharuan personel binaan.
Kadar Bayaran
Pekerja Tempatan
Tempoh | Harga |
1 Tahun | RM85.00 |
2 Tahun | RM135.00 |
3 Tahun | RM185.00 |
4 Tahun | RM225.00 |
5 Tahun | RM260.00 |
Pekerja Asing
Harga |
RM360.00 |
*Pendaftaran & pembaharuan kad hijau bagi pekerja asing bergantung kepada tempoh sah permit kerja.
Maklumbalas & Testimoni
Sebanyak 98% permohonan telah berjaya melalui RenewCIDB.
Thanks RenewCIDB sebab dah tolong company kami. Kami akan repeat lagi selepas ini! Terima kasih renewcidb.com
Saya dah lama cari servis yang serba mudah macam ni.. Kalau tahu awal, dah lama saya serahkan pada RenewCIDB je. Syabas anak muda.
Terima kasih RenewCIDB kerana memudahkan urusan saya untuk renew kad hijau secara online dan tak perlu lagi pergi ke kaunter.
Soalan Lazim
Kami memahami setiap persoalan yang selalu ditanya oleh pelanggan.
Apakah Kad Personel Binaan CIDB?
Kad Personel Binaan CIDB adalah kad/lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas & keselamatan ditapak binaan. Pekerja binaan wajib memiliki Kad Personel Binaan CIDB yang sah sebelum memasuki tapak binaan.
Apakah Kad Pintar Personel Binaan CIDB?
Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar CIDB ini direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar bercirikan transaksi perdagangan.
Bagaimana cara perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?
Isi Borang Permohonan & buat bayaran pembaharuan kad secara online.
Berapa caj perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?
Sila rujuk Kadar Bayaran.
Bagaimana pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB diproses?
Selepas permohonan & bayaran diterima, ia akan diproses dan Pas Sementara CIDB (sah untuk 60 hari) akan di email kepada pemegang kad. Kemudian, Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui akan di pos kepada pemegang kad oleh CIDB.
Berapa lama tempoh sah Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui?
1-5 tahun.
Kenapa saya perlu dapatkan khidmat RenewCIDB?
RenewCIDB dapat membantu pekerja & majikan perbaharui Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar. Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.
Jika pembaharuan Kad Personel Binaan tidak berjaya, adakah wang saya dikembalikan?
Hubungi Kami
Dapatkan maklumat terperinci tentang permohonan anda dengan menghubungi kami – Ianya sangat mudah.
A & N MANAGEMENT RESOURCES (CT0097614P)
9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)
bantuan@renewcidb.com
018-9040059 – Kad Personel Binaan
014-3954900 – Lesen Kontraktor